Baru2 ni OPAM baca paper online. Masa tu OPAM kt perlis. Then tibe2 ternampak satu artikel mengenai bekas skolah OPAM, ade budak kene histeria. ABS stands for ABU BAKAR SCHOOL.
Nak cerita kan. takot org kata reka citer. SO bwh ni ade bukti petikan dari Akhbar.
Tengok la yer. Agak dasyat+kecian+bahaya..
Sekolah gempar pelajar histeria mahu terjun
2011/01/25
PELAJAR perempuan Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar dipujuk anggota penyelamat apabila mengugut untuk terjun dari tingkat dua bangunan sekolah itu, semalam.
TEMERLOH: Lebih 1,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar, di sini, gempar dengan tindakan seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga yang cuba terjun dari tingkat dua bangunan dipercayai diserang histeria kira-kira jam 8.30 pagi semalam.
Detik cemas yang berlarutan lebih sejam itu dipercayai bermula apabila pelajar terbabit tiba-tiba menjerit lalu melompat keluar melalui tingkap kelasnya ke koridor tingkat dua bangunan sekolah itu.
Pelajar terbabit juga dikatakan berlari-lari sepanjang koridor terbabit sebelum berdiri di hujung bangunan setinggi 10 meter sambil mendepakan tangan seolah-olah mahu terjun.
Keadaan bertambah cemas apabila pelajar terbabit turut menarik cermin tingkap nako lalu membalingnya ke bawah bangunan.
Seorang guru yang enggan dikenali berkata, tindakan pelajar itu bagaimanapun menyebabkan tangannya luka dan dia dikatakan menjilat darah yang mengalir keluar dari tapak tangannya.
“Pelajar berkenaan semakin agresif apabila membuka tudung lalu membalingnya ke bawah dan keadaan menjadi semakin mencemaskan apabila dia berdiri di hujung koridor dengan kedua-dua kakinya berjengket memijak lantai,” katanya di sini, semalam.
Suasana kecoh di perkarangan sekolah terbabit menarik perhatian kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Temerloh yang terletak bersebelahan dengan sekolah berkenaan.
Pegawai Pelajaran Daerah, Mohd Nadzri Ab Wahab yang turut bergegas ke tempat kejadian berkata, pihak sekolah kemudian menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis bagi menyelamatkan pelajar terbabit.
Beliau berkata, pengurusan sekolah turut bertindak meletak beberapa keping tilam bagi mengelak kejadian tidak diingini.
“Tindakan pantas pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan pelajar terbabit. Kita dan pengurusan sekolah bersyukur kerana tidak ada kejadian tidak diingini dan mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat yang pantas mengambil tindakan,” katanya.
Mohd Nadzri berkata, kejadian histeria pernah berlaku beberapa kali di sekolah terbabit namun kejadian semalam paling mencemaskan.
Berita Harian difahamkan, selepas pelajar terbabit dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), beberapa pelajar lain kemudian terkena histeria namun keadaan terkawal.
No comments:
Post a Comment