Tuesday, February 8, 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja

Sebuah mesyuarat yang biasa diadakan oleh sesebuah persatuan bagi menggerakkan persatuan berkenaan.
Dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa kerja yang dilantik semasa mesyuarat agung tahunan.
Agenda mesyuarat biasanya berkaitan dengan aktiviti, perkembangan, pengurusan, dan pentadbiran persatuan berkenaan.
Agenda ditentukan oleh pengerusi melalui perbincangan dengan setiausaha dan jawatankuasa lain.
Mesyuarat sebegini boleh dilaksanakan beberapa kali mengikut keperluan persatuan.
Notis dikeluarkan dalam tempoh 2-3 hari kerana urusan penyampaian notis mudah dilakukan. Contoh, notis diedarkan kepada guru yang bekerja di sekolah tersebut.
Agenda mesyuarat jawatankuasa kerja dan jawatankuasa kecil:-
1.Ucapan pengerusi
2.Mengesahkan minit mesyuarat lepas
3.Perkara-perkara berbangkit
4.Agenda-agenda yang ingin dibincangkan @ laporan daripada ketua biro @ pengerusi jawatankuasa kecil.
5.Hal-hal lain.

No comments:

Post a Comment