Wednesday, November 2, 2011

Fergusons mengesahkan ketiadaan Cleverly

Sir Alex Ferguson telah mengesahkan bahawa Tom Cleverley akan terlepas aksi menentang Otelul Galati dalam saingan Juara-Juara Liga pada hari Rabu ini. Pemain tengah itu juga tidak akan beraksi untuk perlawanan Liga Perdana Sabtu ini dengan Sunderland.
Cleverley telah digantikan semasa kemenangan 1-0 ke atas Everton pada hujung minggu selepas mengalami kecederaan buku lali, dan ternyata dia akan terlepas dua perlawanan akibat insiden tersebut.
"Tom tidak akan bermain esok," kata Ferguson. "Ia tidak serius. Dia mungkin akan pulih pada hari Sabtu, tetapi kita perlu mengambil pandangan jangka panjang untuk mengambalikan tahap kecergasan beliau.
Cleverley telah membuat permulaan yang hebat di awal musim. Beliau telah disebut-sebut untuk dimasukkan ke dalam skuad England untuk perlawanan persahabatan menentang Sepanyol dan Sweden di Wembley bulan ini tetapi dia kini menghadapi perjuangan untuk membuktikan kecergasan.

No comments:

Post a Comment