Wednesday, March 16, 2011

Shakira kekasih hati Gerard Pique



BARCELONA - Penyanyi lagu tema temasya Piala Dunia, Shakira akhirnya mengesahkan hubungan cintanya dengan pemain bola sepak Sepanyol, Gerard Pique apabila foto mereka bercium dijadikan penghias muka depan majalah Colombia,Caras, lapor sebuah akhbar semalam.

Foto itu menunjukkan penyanyi itu menutup mata dan menyandar badannya untuk pelukan romantik oleh Pique.

Sebelum ini, mereka sudah beberapa kali dilihat bersama-sama dalam keadaan berpegangan tangan ketika keluar dari sebuah restoran di sini.

Pada Februari lalu, Pique telah memuat turun foto sambutan hari jadinya yang dihadiri Shakira dan sahabat mereka yang lain.

Namun, dalam sebuah sidang akhbar di Barcelona selepas itu, Shakira hanya menganggap itu hanya khabar angin sahaja.

"Kami hanya mempunyai hubungan sebagai sahabat, tidak lebih daripada itu," katanya.

Shakira dan Pique berkenalan ketika mereka sama-sama terlibat dalam pengambaran klip video Waka Waka yang menjadi lagu rasmi Piala Dunia 2010.


No comments:

Post a Comment