-semestinya barang barang terpakai/baru yg
dikeluarkan lebih dr 15thn yg lepas
-akan menjadi vintage setelah dikeluarkan
selepas 15thn (automatically)
-terdiri daripada baju band , filem ,
kartun , sport brand , vintage printed shirt , western shirt,
jacket dan segala macam yg dikategorikan
sebagai baju
-tetapi rata2 manusia di pelosok dunia
mencari baju band dan sport brand utk dijadikan koleksi
-band t menjadi kegilaan disebabkan music
is a must to everybody.tak kisah dimanapun kita
dilahirkan,pastinya dari kecil kita akan
mendengar lagu.nasyid,rock,metal dan sebagainya.
-antara lainnya baju2 yg dikeluarkan pada
zaman dahulu pada harga yg tinggi ataupun baju yang
dikeluarkan secara limited
-baju2 yang dipakai oleh selebriti,tokoh2
juga menjadi rebutan dan hangat dipasaran
-bagi kategori sport brand pula baju2
seperti nike air jordan shoe hanging,nike ballwing,levis
olympic,adidas trefoil dan sebagainya
-contoh2 gambar baju2 yg disebutkan di atas
akan diupload pada ruangan akan datang
CIRI - CIRI BAJU VINTAGE
-kebanyakan yg dinobatkan baju vintage pada
masa sekarang terdiri dari baju yg dikeluarkan
pada sekitar tahun 1996 dan kebawah.
-beredar mengikut masa.contohnya lima tahun
dari sekarang iaitu pada thn 2015,baju yg
dikeuarkan pada tahun 2000 akan menjadi
vintage secara autmatik ( berdasarkan format
barangan akan menjadi vintage setelah 15
tahun)
-baju2 yg dikeluarkan pada thn 1996 kebawah
kebanyakannya adalah single stitch,kain 100%
kapas yang nipis , kain campuran 50% kapas
50% polyster,kain campuran kapas,polyster,
rayon.
-boleh dibezakan lagi menerusi tag2
label,copyright yg ditulis pada masa tersebut.
BAJU VINTAGE MEMANG X ADA TULANG TEPI ??
-anda salah sama sekali jika anda hanya mengatakan
bahawa baju vintage dari thn 1996 ke
bawah tiada tulang tepi
-perlu diingatkan bukan semua baju tiada
tulang
-pernah pakcik dimarahi budak yg beli baju
mengatakan pakcik menipu.dalam add cakap
original takda alter tapi bila baju sampai
baju alter
-baju bertulang biasanya adalah baju
vintage / band tour.kebiasaan baju album tiada tulang
-tidak kisahlah baju t shirt ataupun 3qtr
-tulang original pada tepi baju yg
dikeluarkan pada msa dhulu adalah kecil.jahitannya tersangat
kecil tidak seperti baju bertulang pada
zaman sekarang ( contoh gambar akan disertakan)
-mengapakah ini terjadi?? ini disebabkan
pengeluar,merchandiser yg ingin mengeluarkan baju
pada waktu itu menggunakan baju2 dari
pengilang2 kecil lain setelah baju tidak mencukupi
utk dicetak/dikeluarkan.contohnya seperti
brockum merchandiser yg tidak menggunakan
baju mereka sendiri tetapi menggunakan baju
sportswear,ched atau lainnya bagi menggantikan
baju keluaran mereka setelah baju tidak
mencukupi dan akan ditulis copyright oleh mereka.
-kebanyakan baju adalah baju adalah baju yg
dikeluarkan semasa tour berjalan.baju2 ini adalah
baju2 yg dijual semasa tour ataupun baju2
yg diberikan utk sesiapa yg membeli tiket2 terawal
utk konsert2 tersebut
-kebiasaan baju2 ini hanya mempunyai cop C
utk copyright atau TM pada tulisan baju band
sprti iron maiden C/TM.tulisan chop ini
adalh kecil dan berada dibawah tulisan baju band.
(gambar akan disertakan)
-baju2 ini ditempah pada saat akhir oleh
band2 semasa tour berjalan dan pengeluar /
merchandiser tidak mempunyai bahan/baju yg
mencukupi utk mencetak baju tersebut
-sumber pengetahuan ini diperolehi daripada
otai2 lama dan forum2 luar negara yg saya
menjadi ahli forum.antara pengetahuan2 ini
diperolehi daripada Jochen dari band S.O.D
menerusi forum yg dikelolakan oleh beliau
serta collector2 maut seangkatan beliau
BAJU TAK ADA COPYRIGHT ??
-kes yg sama berlaku seperti baju bertulang
dimana baju original dari merchandiser juga
kadang2 tidak mempunyai copyright
-ramai yg tidak mahu membeli kononnya takut
baju tersebut tidak original/reprint
-sememangnya ada perbezaan bagi baju yg
bukan original dan original jika tidak mempunyai
copyright
-printing / material juga sudah berbeza
(gambar akan disertakan)
-biasanya baju yg tidak mempunyai copyright
akan mempunyai cop C/TM pada tulisan band
tersebut.sama seperti kes baju bertulang
-ini berlaku utk baju2 band yg ditempah
pada saat2 akhir semasa tour sama seperti kes baju
bertulang.
-ada antara kes2 berlaku disebabkan oleh
band2 menghubungi merchandiser yg kecil utk
mengeluarkan baju mereka.bukan semua
merchandiser mempunyai lesen utk meletakkan cop
copyright/TM.tidak kira utk baju atau
barngan lain.cop C/TM tidak boleh sewenangnya diguna
sekiranya tidak mempunyai lesen yg sah utk
berbuat demikian
-dan baju2 yg tidak mempunyai date
copyright adalah baju2 tour yg diberikan secara percuma
untuk pembeli tiket terawal atau yg dijual
semasa tour berjalan.dan baju2 inilah yg dinobatkan sebagai RARE dan mempunyai
harga yg sgt tnngi di psaran tak kira antarabangsa mahupun dalam malaysiakerana
bilangan /volume yg dikeluarkan adalah
sedikit.
-gambar2 mengenai isu2 ini akan disertakan
BAJU2 YG MEMPUNYAI COPYRIGHT DATE
-baju2 ini adalah baju2 album/ baju yg
dicetak selepas tour berakhir dan dijual di kedai2 muzik
atau kedai2 yg menjual baju2 merchandise
-dikeluarkan dalam volume yg banyak
-namun begitu..ada juga baju2 yg mempunyai
date copyright ini dikeluarkan pada masa tour
berjalan.
-baju2 ini telah ditempah khas oleh band2
sebelum tour2 berlangsung dan dijual pada venue2
tour tersebut diadakan
BAGAIMANA HARGA BAJU2 VINTAGE INI DIBUAT
-harga dibuat berdasarkan keadaan kondisi
baju , populariti band tersebut , umur baju (lebih
lama lebih mahal ) jenis baju ( t's atau
3qtr), genre musik,keluaran baju,saiz
-baju deadstock sudah semstinya mempunyai
value yg lebih tinggi kerana baju tersebut tidak
pernah dipakai/dicuci selama berada di
dalam pasaran
-populariti band juga banyak membri impak
pada harga baju.lebih popular band tersebut maka
lebih tinggilah nilainya
-semestinya baju2 yg mempunyai date lebih
lama mempunyai harga yg lebih tinggi.ini kerana
lebih lama baju tersebut lebih susah baju
tersebut didapati (seakan makin lama makin pupus)
-t's dan 3qtr mempunyai harga yg
berbeza.harga 3qtr selalunya lebih tinggi.namun terdapat juga baju2 t shirt yg
mempunyai value tersangat tinggi.ini berdasarkan design,volume pengeularan baju
tersebut dan samada baju tersebut mempunyai sentimental value/ makna
tertentu kepada sesuatu band (selalunya
baju tour)
-makna tertentu/sentimental value pada
sesebuah band bermaksud kejayaan album pada masa
tersebut ataupun konsert dan tour tersebut
merupakan konsert paling berjaya
-juga bermaksud pengakhiran bagi sesebuah
band/ahli band tersebut.tidak lupa juga 1st tour
bagi setiap band.
-bagi genre musik pula baju band metal dan
punk mendominasi carta ialah
1) metal/punk
2) hair metal
3) rock / glam rock
4) pop
5) genre musik lain2
-pun begitu 70's band shirt juga tergolong
dalam kategori band t termahal
-antara band band yg boleh dikategorikan
sebagai mahal ialah iron maiden,accept,saxon,black
sabbath,led zeppelin,ac dc , rolling stone
, venom, slayer, sepultura, misfits , ramones ,
testament, exodus , overkill , sex pistols
, holy mosses dan lain2 ( perincian lebih akan diberikan dalam ruangan lain)
-baju2 yang mahal ni kebanyakan dikeluarkan
antara thn 1981-1990 kerana pada masa inilah
segala kisah2 ataupun history terjadi.
-bagaimana pula dengan band2 yg established
pada sekitar awal 90 an seperti soundgarden,
nirvana dan senatero dengannya?
-bagi band2 pada era ini,baju2 mereka dari
album/tour mereka yg terawal secara automatik
mendapat pengiktirafan harga seperti baju
pada lewat 80-an.biasanya sekitar Rm150-RM200
-harga mungkin menjadi lebih tinggi jika
terdapat unsur2 yg boleh melonjakkan lagi harga baju
tersebut seperti yg saya sebutkan sebelum
ini ( 1st tour / album , volume yg dikeluarkan adalah
sedikit dan sebagainya)
-saiz juga memainkan peranan yg agak penting
dalam penentuan harga
-baju yg bersaiz s dan xl berada pada harga
yg lebih mahal dari m serta L
(saiz s pit to pit 16-18 , xl pit to pit
lebih dari 21)
-mengapakah sedemikian rupa? menurut
rakan-rakan dari luar negara,ini disebabkan oleh
pada era 80an kebanyakan baju dikeluarkan
dalam range saiz m dan l dek kerna saiz badan org barat pada masa itu.ini juga
disebabkan oleh org2 barat lebih menyukai memakai baju
yg fit to body.jika difikirkan secara logik
akal sememangnya betul kerana saiz badan mereka tidak memungkinkan mereka
memakai saiz s.jadi merchandiser mengeluarkan baju bersaiz m dan L secara
banyak dan saiz s serta xl dikurangkan.bagi saiz xl pula,harga yg dijual pada
masa itu lebih sedikit dari harga biasa baju2 s,m,l..(jika saiz biasa dijual
20usd,xl akan dijual pada 29 usd) dan sememangnya agak susah untuk mendapatkan
baju bersaiz s dan xl.pakcik nyelam pun jumpa m dgn l ja banyak.
-utk pasaran luar negara atau negara2 barat
khususnya,mereka tidak menekankan material
baju utk pricing.bermaksud,mereka tidak
kisah samada baju tersebut kain 100% cotton/kain
campuran polyster.bagi mereka copyright
atau thn baju dikeluarkan menjadi keutamaan
dalam menentukan harga baju.tetapi rata2
kita mengkehendaki baju 50/50..mungkin
disebabkan lebih sedap pakai.tetapi menurut
seorang rakan dari german,pada thn 80an dahulu
baju baru yg diperbuat daripada kain 100%
cotton lebih mahal dari kain campuran 50/50
-pengurangan penggunaan kain 50/50 pada
akhir 80an disebabkan oleh enviromental cares.
pengeluar bersetuju utk tidak banyak
menggunakan bahan2 sintetik seperti polyster dan lain2
Jahitan tunggal(single stitches)
mengukuhkan lagi pendapat t-shirt ini memang ini klasik. Apa yang lebih
menarik, lengan baju tshirt ini bersambung dari bahu tanpa jahitan.
alamak panjang nye cinta. lau xbace bole x hehe
ReplyDeletexpyh bce.. just pengetahuan sal baju2 je..
ReplyDeletehaha...
ReplyDeletenice pengetahuan yang ko share kat org...
aku suka..~
hee~
wlcome bro. :) share2 je..
ReplyDeletehaha...
ReplyDeleteniat tue dah bagus nak share2..
nnti share lagi ak sedut..
wahahaha
no hal bro. :) ni pon aku dpt dr fB.
ReplyDeletethanks share, terbaikk ... tngh buat research psal vintage ni ! kasi bukak sikit mate lacturer wa :) hahaa
ReplyDeleteAhh.. Belanje ar.. :D haha.. Good luck xD
Delete